DISEMBER 2022

Sarawak Bekalkan Pelet Kayu Ke Pasaran Jepun, MoU Ditandatangani


TOKYO: Green Pellet (Sarawak) Sdn Bhd dan  Kanematsu Corporation menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi membolehkan Sarawak membekalkan pelet kayu ke pasaran Jepun. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan majlis menandatangani MoU dalam rangka lawatan ke negara itu.

MoU itu ditandatangani Pengurus Besar STIDC dan Pengerusi Green Pellet (Sarawak) Sdn Bhd, Datu Hashim Bojet dengan Pengurus Besar Bagi Bahagian Tenaga, Kanematsu Corporation, Koji Nozaki.

Objektif MoU ialah bagi menjalankan proses rundingan bagi kontrak(jangka pendek) dan panjang bagi pembekalan pelet kayu Sarawak ke pasaran Jepun.

Green Pellet (Sarawak) Sdn Bhd ialah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) mengeluarkan pelet kayu mesra eko kualiti tinggi dari sisa kayu dari hutan tanam untuk bahan bakar industri.

Kanematsu Corporation pula menimbangkan  memperoleh kontrak jangka panjang antara 10 hingga 15 tahun untuk pembekalan pelet kayu dari Sarawak bagi dibekalkan kepada pelanggannya di Jepun.

Sumber dari : Sarawakku